Webb Fontaine Group Dianugerahkan Projek 5 Tahun oleh Pihak Berkuasa Kastam Libya untuk Sistem Maklumat Kargo Termaju untuk Eksport ke Negara Libya

DUBAI, UAE, 19. September 2023 /PRNewswire/ — Webb Fontaine Group teruja untuk mengumumkan pemerolehan projek pelaburan yang berprestij selama 5 tahun melalui kerjasama dengan Pihak Berkuasa Kastam Libya, yang menandakan satu pencapaian penting dalam bidang perdagangan asing dan kastam di Libya.

Continue Reading


Webb Fontaine & Libyan Customs Authority

Objektif utama projek ini ialah pembangunan, pelaksanaan dan pengendalian Sistem Advance Cargo Information (ACI) di Negara Libya. Pada peringkat awal, sistem ini akan memberi tumpuan kepada eksport bukan hidrokarbon melalui pengangkutan laut ke pelabuhan Libya dan kemudiannya, ia akan diperluaskan secara berperingkat untuk merangkumi eksport ke Libya melalui udara dan darat. Webb Fontaine Group yang terkenal dengan penyelesaian teknologi termaju akan menerajui penciptaan sistem yang canggih ini. Sebuah pusat operasi yang diuruskan oleh pasukan yang amat berkelayakan akan ditubuhkan di Tripoli, Libya untuk mengurus dan menyelia operasi sistem.

Alioune Ciss, Ketua Pegawai Eksekutif Webb Fontaine Group meluahkan keterujaan beliau dengan menyatakan, “Kami berbesar hati kerana diamanahkan dengan projek strategik ini oleh Pihak Berkuasa Kastam Libya. Projek ini sejajar dengan misi kami untuk menuju ke sebuah era kecekapan, ketelusan, dan kawalan yang dipertingkatkan serta kutipan hasil cukai yang termaju di Libya.”

Selain daripada sistem ACI , Webb Fontaine akan memperkenalkan Portal Maklumat Perdagangan (Trade Information Portal, TIP) asing yang komprehensif untuk menyelaraskan eksport ke Libya. TIP akan menyediakan maklumat terkini, peraturan eksekutif yang berkaitan, borang import dan eksport perdagangan serta aliran proses untuk semua mod pengangkutan. Tutorial, simulator cukai dan klasifikasi kargo pintar akan memastikan ketepatan dan pematuhan dengan undang-undang yang berkaitan. Sistem ACI juga akan merangkumi sebuah sistem pengurusan risiko yang teguh yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML) untuk mengurangkan penipuan dan perdagangan haram.

Pelaksanaan Sistem ACI di Libya ini menandakan projek transformasi digital pertama di negara tersebut untuk perdagangan dan kastam. Matlamat menyeluruh projek ini adalah untuk memudahkan proses perdagangan, meningkatkan kawalan dan tadbir urus serta meningkatkan hasil perbendaharaan awam Libya. Mejar Jeneral Suleiman Ali Salem, Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Kastam Libya menyatakan bahawa”Projek penting ini akan menjadi pengubah keadaan serta memerangi perdagangan haram dan penipuan, menyediakan kepada Kerajaan Libya dan komuniti perdagangan dengan maklumat, statistik dan pelbagai laporan yang berharga berkenaan pertukaran perdagangan mereka dengan wilayah dan negara lain di seluruh dunia.”

Sistem ACI menjanjikan suatu transformasi yang menyeluruh dalam operasi kastam dan perdagangan asing di Libya. Ia memastikan pengesahan, ketelusan dan kecekapan yang teguh dalam prosedur import sambil memerangi aktiviti haram dan penipuan serta mengurangkan kesesakan di pelabuhan Libya. Projek ini menandakan lonjakan ke hadapan dalam kecekapan perdagangan dan keselamatan perdagangan yang menunjukkan komitmen Webb Fontaine Group dan Pihak Berkuasa Kastam Libya untuk meningkatkan piawaian ekosistem perdagangan Libya.

Semasa projek tersebut diumumkan, kedua-dua rakan kongsi ini komited untuk menyampaikan piawaian perkhidmatan dan inovasi teknologi tertinggi kepada komuniti perdagangan dan ekonomi Libya mengikut piawaian antarabangsa yang terbaik.

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2215188/Webb_Fontaine.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2147638/4150314/Webb_Fontaine_Logo.jpg

SOURCE Webb Fontaine

Go to Source